Gambar Pengawas Pusat Sumber 2005



























(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Logo Sekolah


(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Sejarah Sekolah


































Sejarah SMK Ayer Keroh 



      Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK)  mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.
      Pelajar-pelajar SMKAK adalah lepasan SK Ayer Keroh, SRJK(C) Ayer Keroh, SK Bukit Beruang, SK Demang Husin, SK Jalan Datuk Palembang, SMK Bukit Baru, SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Katil, SMK Munshi Abdullah dan SMK Tun Mutahir. Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2006, bilangan pelajar meningkat sebanyak 516 orang manakala jumlah kelas ialah 23 buah serta sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
      Secara umumnya, SMKAK terdiri daripada 10 blok iaitu blok A (Pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (bilik darjah), blok D (bilik makmal), blok E (bengkel), blok F (bengkel), blok G (kantin), blok H (stor sukan), blok K (surau) dan blok L (dewan serbaguna). Keluasan tanah kawasan sekolah ialah 7.55 ekar (328,878 kaki persegi), keluasan binaan (bangunan berbumbung) 9,556.17 meter persegi (102,859 kaki persegi) dan harga binaan sekolah ialah RM13.8 juta yang dibina mengikut konsep "Design & Build”.

(Sumber : Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Lagu Sekolah






































(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Photo Gallery: Perlantikan Pengawas Pusat Sumber 2009

Tempat : Dewan Besar SMK Ayer Keroh

(Atas: Guru Besar bersama tetamu jemputan di luar dewan)
(Atas: Persembahan Seni Pertahanan Diri Silat oleh Pasukan Silat SMK Ayer Keroh)
(Atas: Para hadirin yang terdiri daripada guru dan pelajar
(Atas: Persembahan Choral Speaking)


Photo Gallery : Pelancaran Program NILAM 2010

Tempat : Dewan SMK Ayer Keroh

(Atas: Guru Besar, GPK serta tetamu jemputan)
(Atas: Perlantikan Pengawas Pusat Sumber baharu)
(Atas: Para hadirin yang terdiri daripada pelajar dan cikgu-cikgu)
(Atas: Guru Besar SMK Ayer Keroh, En.Razali Ali)
(Atas: Persembahan nyanyian serta bersajak oleh pelajar)
(Atas: Persembahan Choral Speaking oleh para pelajar) 
(Atas: Pengawas Pusat Sumber 2010)

Objektif PUSAKSES

    OBJEKTIF PUSAT SUMBER SMKAK

1  PENGGUNAAN KEMUDAHAN.

-          Menyedia dan menggalakkan warga sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran terkini agar tidak terikat dengan kaedah pembelajaran yang tradisional.

2  PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN.

-          Menyediakan seberapa banyak perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar.

3 PEMUPUKAN BUDAYA BELAJAR.

-          Memupuk budaya belajar , membaca dan menyelidik melalui penggunaan maklumat secara sistematik.

4 PENGHASILAN BAHAN.

-          Membantu warga sekolah merekacipta,menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.


5 PENCARIAN MAKLUMAT.

-          Mendidik dan melatih pelajar menggunakan kemahiran mencari maklumat dalam proses pembelajaran.

6 KECEMERLANGAN PENDIDIKAN.

-          Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.



Hubungi Kami


Alamat :

Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh,
Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
75450 Melaka.

Hubungi kami :

No. Telefon Sekolah : 06-2325157
No. Faks Sekolah : 06-2312721
Alamat e-mel : psakses@gmail.com

Selamat Datang !



Hi, Selamat sejahtera dan ribuan terima kasih kami ajukan kepada para pelawat dan pembaca blog kami ini!


Sedikit tentang PSS SMK Ayer Keroh

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud AKSES-PSS? AKSES sebenarnya Ayer Keroh Secondary Excellent School yang merupakan nama Inggeris bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK) manakala PSS bermaksud Pusat Sumber Sekolah.


Pusat Sumber SMK Ayer Keroh telah beroperasi selama tujuh tahun dan dikendali oleh guru-guru serta para pelajar. (Klik sini untuk lihat carta organisasi jawatankuasa 2010).


Dengan berpegang pada matlamat kami iaitu "Sentiasa membantu mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah dengan membentuk budaya ilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan insan yang cemerlang", kami sentiasa memastikan Pusat Sumber kami digunakan dengan sebaik-baiknya. (Klik sini untuk lihat persekitaran Pusat Sumber kami)


Banyak aktiviti dan program telah dijalankan sepanjang masa. Antaranya ialah Program NILAM, Bulan Membaca SMKAK, Kempen-kempen membaca, lawatan sambil belajar ke luar negeri, dan perjumpaan serta banyak lagi.


Sedikit tentang blog ini

Blog ini dibina pada tahun 2010 dan dikendali Biro crew InfoNet PSS, Kristy Anne Nunis, Kelly Anne Nunis, Noor Nabilah Nazarudin dan Faridah Faruk.


Blog ini dibina bagi merealisasikan motto kami iaitu, "Menjana kecemerlangan Minda" dan Visi kami yang berbunyi "PSS SMK Ayer Keroh akan sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang untuk membentuk insan terbilang menjelang 2010". 


Sekian sahaja. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana melawati blog kami ini !
Jika anda mempunyai komen, pandangan ataupun pertanyaan, sila menghubungi pihak kami (Maklumat boleh didapati di bahagian bawah blog ini.)



Misi, Visi dan Moto PUSAKSES


      

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKAK

“PSS SMKAK SENTIASA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG UNTUK MEMBENTUK INSAN TERBILANG MENJELANG 2010.”

     MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKAK

Untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang,PSS SMKAK akan berusaha:

1.         Memperlengkapkan PSS dengan prasarana informasi berteknologi.
2.         Menghidangkan koleksi khazanah informasi terdahulu,terkini dan berkualiti.
3.         Mengintegrasikan pendidikan nasional dengan minda globalisasi sebagai jati diri.

     MATLAMAT PUSAT SUMBER SMKAK.

Sentiasa membantu mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah
dengan membentuk budaya ilmu,dinamik,kreatif dan berdisiplin 
untuk membantu pembangunan insan yang cemerlang.


     POLISI PUSAT SUMBER SMKAK.

  1. Persekitaran dan kemudahan fizikal yang bermotivasi.
  2. Penglibatan warga sekolah secara menyeluruh dipertingkatkan.
  3. Perkhidmatan yang lebih mesra dan professional.


MOTTO PUSAT SUMBER SMKAK

“ MENJANA KECEMERLANGAN MINDA”
     

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA