Sejarah Sekolah


































Sejarah SMK Ayer Keroh 



      Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK)  mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.
      Pelajar-pelajar SMKAK adalah lepasan SK Ayer Keroh, SRJK(C) Ayer Keroh, SK Bukit Beruang, SK Demang Husin, SK Jalan Datuk Palembang, SMK Bukit Baru, SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Katil, SMK Munshi Abdullah dan SMK Tun Mutahir. Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2006, bilangan pelajar meningkat sebanyak 516 orang manakala jumlah kelas ialah 23 buah serta sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
      Secara umumnya, SMKAK terdiri daripada 10 blok iaitu blok A (Pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (bilik darjah), blok D (bilik makmal), blok E (bengkel), blok F (bengkel), blok G (kantin), blok H (stor sukan), blok K (surau) dan blok L (dewan serbaguna). Keluasan tanah kawasan sekolah ialah 7.55 ekar (328,878 kaki persegi), keluasan binaan (bangunan berbumbung) 9,556.17 meter persegi (102,859 kaki persegi) dan harga binaan sekolah ialah RM13.8 juta yang dibina mengikut konsep "Design & Build”.

(Sumber : Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

0 comments:

Post a Comment

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA