Selamat Datang !



Hi, Selamat sejahtera dan ribuan terima kasih kami ajukan kepada para pelawat dan pembaca blog kami ini!


Sedikit tentang PSS SMK Ayer Keroh

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud AKSES-PSS? AKSES sebenarnya Ayer Keroh Secondary Excellent School yang merupakan nama Inggeris bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK) manakala PSS bermaksud Pusat Sumber Sekolah.


Pusat Sumber SMK Ayer Keroh telah beroperasi selama tujuh tahun dan dikendali oleh guru-guru serta para pelajar. (Klik sini untuk lihat carta organisasi jawatankuasa 2010).


Dengan berpegang pada matlamat kami iaitu "Sentiasa membantu mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah dengan membentuk budaya ilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembangunan insan yang cemerlang", kami sentiasa memastikan Pusat Sumber kami digunakan dengan sebaik-baiknya. (Klik sini untuk lihat persekitaran Pusat Sumber kami)


Banyak aktiviti dan program telah dijalankan sepanjang masa. Antaranya ialah Program NILAM, Bulan Membaca SMKAK, Kempen-kempen membaca, lawatan sambil belajar ke luar negeri, dan perjumpaan serta banyak lagi.


Sedikit tentang blog ini

Blog ini dibina pada tahun 2010 dan dikendali Biro crew InfoNet PSS, Kristy Anne Nunis, Kelly Anne Nunis, Noor Nabilah Nazarudin dan Faridah Faruk.


Blog ini dibina bagi merealisasikan motto kami iaitu, "Menjana kecemerlangan Minda" dan Visi kami yang berbunyi "PSS SMK Ayer Keroh akan sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang untuk membentuk insan terbilang menjelang 2010". 


Sekian sahaja. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana melawati blog kami ini !
Jika anda mempunyai komen, pandangan ataupun pertanyaan, sila menghubungi pihak kami (Maklumat boleh didapati di bahagian bawah blog ini.)



Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA