Program NILAM




    Lagu NILAM 



Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Segala yang diberi
Tidak terhingga
Jadi rakan membaca
Juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi


NILAM, NILAM
Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM , NILAM
Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Dengan tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari (2X)
NILAM









PENGENALAN NILAM


Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi  pengiktirafan  yang  sesuai. Program  ini  merupakan  pendekatan menyuburkan  tabiat membaca dalam kalangan pelajar.





MATLAMAT


1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar


2. Melahirkan murid yang berkepimpinan , berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.




OBJEKTIF

*Menjadikan pelajar suka membaca.


*Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.


*Memupuk budaya membaca Sepanjang hayat


*Menggalakkan penggunaan bahan  di PSS




SASARAN


Semua pelajar mencapai tahap Rakan Pembaca (100 buah buku) dalam Program NILAM sepanjang berada di SMK Ayer Keroh menjelang akhir 2010.


0 comments:

Post a Comment

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA