Pesta Buah-buahan AKSES 2010

Gambar Oleh : Cikgu Andi


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak FAMA kerana mengadakan Pesta Jamuan Makan Buah-buahan Tempatan untuk warga AKSES di SMK Ayer Keroh pagi ini (4 Ogos 2010).








Jualan Murah Buku !





Jualan Murah buku latihan baharu kertas model Zon A PMR dan SPM (Penerbit: Info Didik) kini boleh dibeli dengan harga RM3 sahaja di Pusat Sumber SMK Ayer Keroh !

PMR 
1. Bahasa Melayu (Harga biasa: RM 4.90)
2. Bahasa Inggeris (Harga biasa: RM 4.30)
3. Science (Harga biasa: RM 4.90)
4. Sejarah (Harga biasa: RM 4.30)
5. Geografi (Harga biasa: RM 4.30)

SPM
1. Bahasa Melayu (Harga biasa: RM 4.90)
2. Bahasa Inggeris (Harga biasa: RM 4.30)
3. Science (Harga biasa: RM 4.90)
4. Ekonomi Asas (Harga biasa: RM 4.90)
5. Pendidikan Islam (Harga biasa: RM 4.90)

Belikan sebuah buku di atas dengan harga RM 3.00 sahaja !!!

Novel Baru (Mulai 26 Julai 2010)





Novelis Thriller No.1 Malaysia, 'Ramlee Awang Murshid' kini berada di Pusat Sumber !

- Cinta Sang Ratu (mulai 26/7)
- Mikhail (mulai 27/7)
- Cinta Sufi (mulai 28/7)
- ADAM- aku darah anak Malaysia (mulai 29/7)
- Hijab Sang Pencinta (mulai 30/7)

Jom...kita ke Pusat Sumber !!!

Program Seminggu Bersama Pusat Sumber

Maklumat-maklumat :


PSS- Sumber Transformasi Pendidikan







 (A) Pandangan tuan Pengetua tentang 
"PSS-Sumber Transformasi Pendidikan"


(Tuan Pengetua SMKAK, En.Razali bin Ali)



 


SMK Ayer Keroh, Melaka (28 Jun 2010) - Seramai 3 orang Pengawas Pusat Sumber SMK Ayer Keroh, Melaka iaitu Kristy Anne Nunis(perakam), Sau Ying Hui(menyoal) dan Chua Guey Herng(pencatat) telah menemu ramah Tuan Pengetua SMK Ayer Keroh, Encik Razali bin Ali berkaitan topik "Pusat Sumber Sekolah- Sumber Transformasi Pendidikan" sempena pertandingan Blog Pusat Sumber yang dianjurkan oleh pihak Pustakam. Beliau menjelaskan bahawa Pusat Sumber merupakan Sumber Transformasi Pendidikan.


 (B)Kepentingan Pusat Sumber Sekolah 
kepada para pelajar dan guru


Kebanyakan pelajar memperolehi Sumber rujukan atau bacaan 
bagi tujuan untuk mengulangkaji dan membuat tugasan-tugasan sekolah 
mahupun tugasan luar yang berkaitan dengan pendidikan.


Dengan adanya pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen plasma Astro, 
Radio, komputer, tempat duduk selesa serta bahan-bahan bacaan dan multimedia disediakan, 
para pelajar bukan sahaja boleh menjadikan Pusat Sumber sebagai Perpustakaan tetapi juga 
tempat untuk rehat dan menenangkan fikiran pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan.


Pandangan dan komen pelajar :


Kristy Anne Nunis (4A) berkata : 
"Seronoknya duduk di Pusat Sumber! Buku rujukannya pun agak banyak. Saya suka Pusat Sumber kami ! "






Auni Syafiqa (2RK) berkata :

"Pusat Sumber kami best sebab boleh bergurau-senda dengan rakan-rakan dan cikgu Zul dan duduk menikmati penghawa dingin."







Mathumaalini a/p Subramaniyam (5A) berkata :
"Pusat Sumber mempunyai pelbagai bahan yang boleh membantu dalam pelajaran saya"




Sau Ying Hui (4G) berkata : 
" Saya biasanya suka duduk di Pusat Sumber, membaca buku cerita, 
berbual-bual dengan kawan-kawan dan melayari Internet."







Mellisa Tan (4A) dan Melvin Tan (4B) berkata :
"Our Pusat Sumber is excellent...but please put more English novels.Thank you !"




Nur Syaza, Alya Aisya dan Arinah (2RK) berkata :
"PSS kami best sebab ada banyak buku baru yang boleh dipinjam. Kami juga boleh tolong cikgu Zul dan menonton televisyen LCD Flat screen dengan Astro di PSS !"

Nur Syafiqah dan Aida Syazwina (4A) berkata :
"Pusat Sumber memberikan kemudahan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa dan pelajar boleh mendapat maklumat yang diingini"


Apakah pandangan Guru-guru pula ?

(Guru Bahasa Inggeris, Pn. Norma)


Pandangan beliau tentang Program NILAM  :
" The NILAM programme has been quite successful and the students are giving full commitment and cooperation during the NILAM sessions "

Siapakah En. Zul ? 



(Guru Perpustakaan dan Media - En. Zulkiffli bin Amil)


En. Zulkiffli bin Amil, iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pusat Sumber SMK Ayer Keroh.


kata-kata aluan beliau : 
"Saya mengalu-alukan segala bentuk pandangan dan cadangan dari warga sekolah (terdiri daripada pelajar dan guru) bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan pusat sumber sekolah. Sesungguhnya pengintegrasian sumber media yang seiring dengan kemahiran serta literasi maklumat adalah satu anjakan paradigma dalam membina bangsa membaca."


Maklumat penting !

Hi kawan-kawan!

Untuk pengetahuan anda,
blog ini dibuat, direka, ditulis, dan diuruskan oleh kami (pelajar-pelajar 
dalam krew INFOnet Pusat Sumber SMK Ayer Keroh).

Layout, background dan template blog ini bukan milik AKSES-PSS 
tetapi kita sudah mendapat kebenaran tuannya untuk menggunakan design ini.
Theme ini juga sudah diubahsuai dan diperbaiki oleh kristy agar sesuai dengan tema kita - purple.

Blog ini merupakan hak cipta terpelihara.
(Licensed under Creative Commons )

Anda boleh copy apa-apa bahan blog ini dengan syarat,
minta kebenaran mana-mana krew kita :)
(kita baik punya, asalkan u tanya )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.

Peraturan Pusat Sumber




A. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Semua pelajar, guru dan pekerja yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik layak sebagai ahli perpustakaan sekolah ini.

B. PINJAMAN BUKU

Semua pelajar,guru dan staf sokongan layak membuat pinjaman buku di perpustakaan sekolah dengan menggunakan smart tag.
Hanya 1 buah buku sahaja dibenarkan untuk 1 tempoh pinjaman.

C. TEMPOH PINJAMAN

Semua piniaman buku boleh di buat untuk tempoh 3 hari sahaja termasuk hari buku itu di pinjam. Denda sebanyak RM 0.20 sehari akan dikenakan sekiranya lewat memulangkan buku mengikut tarikh pemulangan buku.

D. PERATURAN AM.

1. Pengguna dilarang :
- membuat BISING di perpustakaan.
- membawa beg, makan dan minum di perpustakaan.
- tidak dibenarkan membawa keluar sebarang bahan milik perpustakaan tanpa kebenaran.
- menyalahgunakan bahan-bahan milik perpustakaan serta merosakkannya.

2. Setiap penggunaan perpustakaan untuk program NILAM mesti direkodkan dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

3. Sebelum meninggalkan perpustakaan pastikan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja dan buku atau bahan yang telah digunakan diletakkan di tempat asalnya.


E. PENGUATKUASAAN


1. Penyelaras Pusat Sumber dan guru perpustakaan berhak untuk melarang seseorang pengguna untuk menggunakan perkhidmatan di perpustakaan sekiranya didapati melanggar peraturan perpustakaan dan sekolah.

2. Pengawas PSS ( Pustakawan ) diberi kuasa untuk menguatkuasakan PERATURAN PERPUSTAKAAN.

Photo Gallery: Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber SMK Ayer Keroh
Gambar oleh : Pn. Andi Anggeriani

(Atas: GPM Pusat Sumber SMK Ayer Keroh - En.Zulkiffli sedang menjaga Kaunter)

(Bawah: Sudut buku bukan Fiksyen)
(bawah: Antara buku-buku Bukan Fiksyen)
(Bawah: Para pelajar mengunjungi Pusat Sumber semasa waktu Rehat)
(Bawah: Tempat duduk yang disediakan )
(Bawah: Sudut majalah dan barangan tradisional)

(Bawah: Flat screen TV yang dilengkapi dengan Astro adalah antara kemudahan yang disediakan)
(Bawah: Kaunter pinjaman dan pulangan buku)
(Bawah: Smart-tag pelajar digunakan bagi proses perminjaman dan permulangan buku)
(Proses pinjaman buku adakalanya merupakan sesuatu yang menyeronokan)

Gambar oleh :
Pn. Andi  Anggeriani

Visit our Facebook fanpage to view more image :

Top 10 Pelajar Paling Rajin Meminjam Buku




Updated : Bulan Jun


No.
Nama Pelajar
Kelas
Jumlah buku dipinjam
1
Raja Nadiah bt Raja Ariff
3G
95
2
Mastura bt Mohd Zin
3G
87
3
Suhailah Azwa bt Arefin
3G
73
4
Siti Rashidah bt Muhammad Amin
2RK
49
5
Kristy Anne Nunis
4A
44
6
Amuta a/p Naiedu
2B
36
7
Nurul Asyiqin bt Abdul Mutalib
3G
34
8
Mathumaalini a/p Subramaniam
5A
34
9
Nur Fatihah bt Abdullah
2RK
30
10
Siti Nur Aishah bt Mohd Oza
2RK
25

Senarai Jawatankuasa Induk PSS 2010

Senarai Jawatankuasa Induk PSS

Pengerusi : 
Razali bin Ali (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : 
Rahmat bin Galim (GPK1)

Naib Pengerusi 1 : 
Zaimah binti Othman (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : 
Teo Kim Bee (GPK KoKu)

Setiausaha : 
Zulkiffli bin Amil (GPM)

Jawatankuasa : 
1. Norzian binti Karman

2. Ranimah binti Yahya

3. Rohilla binti Ibrahim

4. Hj. Muhammad Razip bin Sudrilan

5. Rohana binti Tajuddin

6. Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran


(Gambar oleh Cikgu A.Anggeriani A.Asri)

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA