PSS-Penjana Imu Pendidikan Kontemporari

Bagi menerangkan maksud sebenar pendidikan kontemporari dalam BAHASA INGGERIS ..
100% ENGLISH!

Pertandingan Akhir Membina Blog 2012


Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana.

AKSES GRADUATION DAY 2012

On 31st October 2012, SMK Ayer Keroh had their second graduation day!
It is to celebrate the last year of school for the Form 5 students and also to motivate them to strive for the best in the upcoming SPM exams.
We really felt like its a Graduation Day at a university due to the teachers efforts on making it so.
Here are the pictures of the Form 5 librarians that graduated that day.
 

 

 

 

The New Google


An awesome new front cover ... The monster can come out out when you click on their doors ...
Be ready for it ..


Sneak Peek ... hehhe



Just a little sneak peek to our home , our library ...



KEM MODAL INSAN






It's a 2-day and 1-night camp at our beloved school .... This is totally the best CAMP EVVEERRR ...

Let's thanks to Muhd Haziq for the video ..

From : Infonet AKSES

HAPPY NEWS !!

Hey guys , we just got into Finals for Pertandingan Blog PSS Peringkat Negeri Melaka ...
Isn't that astonishing for our school to enter it twice but we're going to aim for quite big aim this year ...
We're aiming for the first place this time ...

Let's hope that we can gain that ... AMIN

READ 2012





SELAMAT HARI GURU 2012




Video edited and directed by Noor Nabilah , 5 Alpha and the cameraman , Izuan Hanis , 4 MPV  + Danial Muhammad , 5 Alpha ...



14 Fakta PELIK tapi BENAR!




1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).


3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaska dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.


4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.


7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.


8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.


10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,
tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.


12. Semua beruang kutub adalah kidal.


13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.


14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

Majlis Mohon Restu & Solat Hajat

Diadakan bagi memohon restu kepada Ilahi bagi pelajar yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM ...
Harap doa dan permintaan yang dipohon akan diberkati oleh Allah SWT ... Amin











Makanan Yang Paling Pelik +_+


1. Makanan Laba-Laba di negara Kamboja

2.Makanan ikan mentah (ikan haring) di Belanda

3. Haiwan Bug di Irian Jaya Negara Indonesia

4. Bola Mata Ikan Tuna dibudayakan di negara Jepun dan China

5. Sate cengkerik,Sate Kalajengking dibudayakan di negara China

6. Ladam Crab Roe & Nast di negara China

7. Sotong Kurita Mentah dibudayakan di negara China

8. Masakan cengkerik Goreng di negara China

9. Makanan Kedelai Busuk di wilayah Asia

10. Makanan Janin Telur Itik Mentah di Wilayah Asia tenggara

11.Sup Burung Seriti di negara China

12. Sup Sperma Ikan di wilayah Asia

13. Masakan Ulat di negara Bostwana

14. Goreng Belalang di negara Meksiko

15. Sup cicak di negara jepun

BUKU

Buku diperlukan untuk dijadikan sebagai rujukan semasa mengulangkaji pelajaran malah menambah ilmu pengetahuan .. Even , akak menjadi seorang yg obses dengan buku novel BI .Bila akak jumpa je buku tu terus akak pergi beli ....

Berbalik kepada niat asal , buku rujukan adalah must have item bagi setiap pelajar sekolah di dunia .. 
Malah terdapat beberapa buku dipasaran yang mungkin dapat memenuhi kemahuan dan kesesuaian seseorang individu itu ..


 Akak cadangkan buku ini sebab ia portable , ringan dan penuh dengan fakta ...
Malah warnanya yang lawa serta kreatif menambahkan kelebihan kepada buku ini....
Antara jenama yang terdapat dipasaran Malaysia ...








21 cara belajar yang EFEKTIF ...




1 - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


2 - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 - Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5 - Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 - Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 - Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9 : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

11 : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12 : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13 : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 

14 : Persiapan minda sebelum ulangkaji 
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15: Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

16 : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17 : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18 : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19 : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

20 : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan

Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. 

21: Terokai bakat dan minat anda 
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.


Read more: http://deathnota.blogspot.com/2011/04/21-cara-belajar-secara-efektif.html#ixzz27mGlnrDl

15 Teknik Mengikat Tali Kasut (Menarik!


Setiap orang mempunyai skil tersendiri dalam mengikat tali kasut. Ada yang mengikat teknik ini, teknik itu, tetapi yang pasti ia dapat mengetatkan sedikit kasut agar tidak tertanggal.  Jika diimbas kembali, kita mula memakai kasut rasmi adalah ketika mula-mula sekali memasuki alam persekolahan. Dari situlah kita mula belajar mengikat tali kasut. Namun pernahkah anda belajarcara mengikat kasut







Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA