Program NILAM




    Lagu NILAM 



Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Segala yang diberi
Tidak terhingga
Jadi rakan membaca
Juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi


NILAM, NILAM
Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM , NILAM
Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Dengan tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari (2X)
NILAM









PENGENALAN NILAM


Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi  pengiktirafan  yang  sesuai. Program  ini  merupakan  pendekatan menyuburkan  tabiat membaca dalam kalangan pelajar.





MATLAMAT


1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar


2. Melahirkan murid yang berkepimpinan , berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.




OBJEKTIF

*Menjadikan pelajar suka membaca.


*Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.


*Memupuk budaya membaca Sepanjang hayat


*Menggalakkan penggunaan bahan  di PSS




SASARAN


Semua pelajar mencapai tahap Rakan Pembaca (100 buah buku) dalam Program NILAM sepanjang berada di SMK Ayer Keroh menjelang akhir 2010.


Kempen Membaca

Slogan Kempen Membaca (mengikut tahun)



1995-
Mari Membaca Bersama
1996-
Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997-
Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membaca
Mendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membaca
Menjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998-
Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999-
Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000-
Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001-
Membaca Merdekakan Minda
2002-
baca@gaya hidup

2003-
Membaca Santapan Minda Sekeluarga
Bacalah Bersama Keluarga...
2004-
Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


Bangsa Membaca Bangsa Berjaya







Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA