Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Jadikanlah panduan Wawasan anda NILAM program membaca Memberikan semangat Membaca dengan jaya Budaya kita Bina tabiat membaca Matlamat NILAM kita Bina tabiat membaca Matlamat NILAM kita Segala yang diberi Tidak terhingga Jadi rakan membaca Juga capai Jauhari Pembaca yang bestari Anugerah diberi NILAM, NILAM Anugerah NILAM Menerangi jalan suram NILAM , NILAM Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Dengan tabiat membaca Matlamat NILAM kita Dunia indah sekali Pasti lebih berseri Amalan membaca Menjana minda bestari (2X) NILAM PENGENALAN NILAM Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar.MATLAMAT 1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar 2. Melahirkan murid yang berkepimpinan , berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. OBJEKTIF *Menjadikan pelajar suka membaca. *Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. *Memupuk budaya membaca Sepanjang hayat *Menggalakkan penggunaan bahan di PSS SASARAN Semua pelajar mencapai tahap Rakan Pembaca (100 buah buku) dalam Program NILAM sepanjang berada di SMK Ayer Keroh menjelang akhir 2010. |