Maklumat penting !

Hi kawan-kawan!

Untuk pengetahuan anda,
blog ini dibuat, direka, ditulis, dan diuruskan oleh kami (pelajar-pelajar 
dalam krew INFOnet Pusat Sumber SMK Ayer Keroh).

Layout, background dan template blog ini bukan milik AKSES-PSS 
tetapi kita sudah mendapat kebenaran tuannya untuk menggunakan design ini.
Theme ini juga sudah diubahsuai dan diperbaiki oleh kristy agar sesuai dengan tema kita - purple.

Blog ini merupakan hak cipta terpelihara.
(Licensed under Creative Commons )

Anda boleh copy apa-apa bahan blog ini dengan syarat,
minta kebenaran mana-mana krew kita :)
(kita baik punya, asalkan u tanya )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.

Peraturan Pusat Sumber




A. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Semua pelajar, guru dan pekerja yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik layak sebagai ahli perpustakaan sekolah ini.

B. PINJAMAN BUKU

Semua pelajar,guru dan staf sokongan layak membuat pinjaman buku di perpustakaan sekolah dengan menggunakan smart tag.
Hanya 1 buah buku sahaja dibenarkan untuk 1 tempoh pinjaman.

C. TEMPOH PINJAMAN

Semua piniaman buku boleh di buat untuk tempoh 3 hari sahaja termasuk hari buku itu di pinjam. Denda sebanyak RM 0.20 sehari akan dikenakan sekiranya lewat memulangkan buku mengikut tarikh pemulangan buku.

D. PERATURAN AM.

1. Pengguna dilarang :
- membuat BISING di perpustakaan.
- membawa beg, makan dan minum di perpustakaan.
- tidak dibenarkan membawa keluar sebarang bahan milik perpustakaan tanpa kebenaran.
- menyalahgunakan bahan-bahan milik perpustakaan serta merosakkannya.

2. Setiap penggunaan perpustakaan untuk program NILAM mesti direkodkan dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

3. Sebelum meninggalkan perpustakaan pastikan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja dan buku atau bahan yang telah digunakan diletakkan di tempat asalnya.


E. PENGUATKUASAAN


1. Penyelaras Pusat Sumber dan guru perpustakaan berhak untuk melarang seseorang pengguna untuk menggunakan perkhidmatan di perpustakaan sekiranya didapati melanggar peraturan perpustakaan dan sekolah.

2. Pengawas PSS ( Pustakawan ) diberi kuasa untuk menguatkuasakan PERATURAN PERPUSTAKAAN.

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA