Surat khabar itu boleh dimakan setelah dibaca?




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,cuba baca tajuk entry baik-baik.. Ya ini betul-betul bukan cubaan tau..Kalau nak tahu baca artikel bawah ni yang dicopy untuk dishare bersama dari >SINI<



Selepas dibaca, biasanya surat khabar akan dikumpul atau dibuang. Namun, idea pekerja redaksi Metro, sebuah surat khabar yang diterbitkan di England, dan sejumlah ahli makanan benar-benar berpaling dari kebiasaan itu.

Mungkin terinspirasi Willy Wonka, tokoh dalam filem Chocolate Factory, yang membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan. Seperti dipetik dari laman Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan surat khabar yang boleh dimakan. Selesai dibaca, surat khabar tak perlu dibuang, tetapi terus dimakan saja.

Heston Blumenthal, seorang ilmuwan kuliner, mempunyai peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Surat khabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya," katanya. Soal rasa bagaimana? Sukarelawan sudah mengoyak-ngoyak surat khabar itu dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka juga menganggukkan kepala dan menilai keenakkan surat khabar itu.

Sudah tentu produksi surat khabar itu tidak hanya memerlukan suntingan yang ketat, tetapi juga pengolahan adunan yang cermat. Adunan itu sendiri terdiri daripada tepung maizena, minyak sayur, gula arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan pencetakan surat khabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlukan waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, surat khabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.



#baca pun dah terliur sambil membayangkan.. Agak-agak harganya berapa.. Entah-entah harga dia 10 kali ganda mahal dari surat khabar biasa(teka je).. Kalau korang dah jumpa share lah sikit ye(^_^)


Ahli Infonet 2012,

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA