Dialog (PSS) !!!


                                                                                                
 Murasame Toko ialah seorang pengawas perpustakaan yang sangat berani menyatakan pendapatnya. Dia juga cintakan buku dan perpustakaan. Renjou Hotsuma ialah seorang murid yang sangat benci membaca buku. Pada suatu hari, Toko telah terdengar perbualan Hotsuma dan rakannya, Shusei tentang pendapat Hotsuma mengenai perpustakaan dan buku.






Hotsuma: Kenapa semua orang berkat tentang perkara yang sama? Buku sangat penting, mesti baca buku, bla bla bla.  Buku bukannya penting pun. Buku hanya helaian kertas yang dipenuhi kata-kata yang membosankan.

Shusei: Shhh. Perlahankan sikit suara awak, Hotsuma. Kalau pengawas perpustakaan yang garang dengar, habis awak!

Hotsuma: Biarlah dia dengar. Apa saya kisah. Kenapa? Garang sangat ke dia? Saya tak takutlah. Saya lebih garang dan berani daripada dia.

Shusei: Hotsuma! Hotsuma! Shhh....

Hotsuma: Kenapa?

Shusei: Belakang awak....

Hotsuma: Kenapa dengan belakang saya? Wahhhh!!!!!!

Toko: Kenapa? Awak terkejut? Kata awak lagi garang dan berani daripada saya. Kena sergah sikit dah takut?

Hotsuma: Mana ada sa saya takut. Terkejut je. (Berbisik) Kenapa awak tak beritahu dia ada di belakang saya, Shusei?

Shusei: Kan saya dah suruh awak senyap dan toleh belakang. Pandai-pandai awaklah ya tanggung salah sendiri. Saya angkat kaki dulu. Bye...

Hotsuma: Shusei! Shusei!

Toko: Kawan awak dah tinggalkan awak ke?

Hotsuma: Mana ada kawan saya tinggalkan saya. Dia uruskan hal dia dulu. Lepas itu, baru dia datang balik.

Toko: Jangan nak buat alasan la. Awak takut nak berhadapan dengan saya seorang sebab awak dah kutuk buku dan perpustakaan kan?

Hotsuma: Awak dah dengar? Ya, memang saya maksudkan apa yang saya katakan.

Toko: Awak tahu tak kata-kata awak itu menunjukkan yang awak memang seorang yang cetek ilmu? Ibarat kata pepatah ’ Membaca jambatan ilmu’.

Hotsuma: ?!

Toko: Hah! Saya lupa yang awak ni tak suka membaca. Mesti awak tak tahukan maksud pepatah tadi kan? Nak saya beritahu awak?

Hotsuma: Tak payah. Saya tahu apa maksud dia. Maksud dia... maksud dia....

Toko: Tak tahu kan. Maksudnya ialah melalui membaca, kita dapat ilmu yang tidak ternilai. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Kalau tidak tahu, cakap saja tidak tahu.

Hotsuma: Ya,ya. Memang saya tidak tahu apa maksudnya. Saya mengaku.

Toko: Kalau awak selalu mengunjungi perpustakaan, awak akan perasan banyak buku yang berguna. Awak boleh gunakan buku-buku tersebut untuk membuat rujukan untuk mengulang kaji pelajaran. Seterusnya, awak boleh merasai pengalaman penggembaraan individu berlainan dan mampu meningkatkan imaginasi awak yang terhad tu.
Faham?!

Hotusma: Ohh... Rupanya banyak manfaat buku dan perpustakaan yang saya tidak ketahui. Maafkan saya, Toko. Saya tarik balik kaat-kata saya tadi.

Toko: Baguslah macam itu. Saya mahu pergi bertugas. Rajin-rajinlah ya pergi ke perpustakaan. Bye.  

Segala kesilapan dan kesalahan amat dikesali 
<3 From Infonet : Faridah <3

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA