En.Razali Bin Ali: PSS sememangnya Penjana Ilmu Pendidikan Kontemperori
Tuan pengetua SMK Ayer Keroh membincangkan beberapa topik berkait dengan PSS dan beliau menekankan topik PSS- Penjana Ilmu Pendidikan Kontemperori
FuN FaCTs AbouT BooKS !!!
The following words were invented by William Shakespeare: boredom disgraceful hostile money's worth obscene puke perplex on purpose shooting star sneak Until his time, people had to have their conversations without these words
Photo Gallery: Pusat Sumber Sekolah
Kami cintai Pusat Sumber sekolah kami ! This is where the fun begins :D
Lawatan Singapore Hillgrove School ke SMKAK 2011
PSS SMK Ayer Keroh mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan kita dari Hillgrove School, Singapore! Selamat datang diucapkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook sekolah.
PSS- Sumber Transformasi Pendidikan
1:14 AM
InfoNet AKSES
(A) Pandangan tuan Pengetua tentang
"PSS-Sumber Transformasi Pendidikan"
(Tuan Pengetua SMKAK, En.Razali bin Ali)
(B)Kepentingan Pusat Sumber Sekolah
kepada para pelajar dan guru
Kebanyakan pelajar memperolehi Sumber rujukan atau bacaan
bagi tujuan untuk mengulangkaji dan membuat tugasan-tugasan sekolah
mahupun tugasan luar yang berkaitan dengan pendidikan.
Dengan adanya pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen plasma Astro,
Radio, komputer, tempat duduk selesa serta bahan-bahan bacaan dan multimedia disediakan,
para pelajar bukan sahaja boleh menjadikan Pusat Sumber sebagai Perpustakaan tetapi juga
tempat untuk rehat dan menenangkan fikiran pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan.
Pandangan dan komen pelajar :
Kristy Anne Nunis (4A) berkata :
"Seronoknya duduk di Pusat Sumber! Buku rujukannya pun agak banyak. Saya suka Pusat Sumber kami ! "
Auni Syafiqa (2RK) berkata :
"Pusat Sumber kami best sebab boleh bergurau-senda dengan rakan-rakan dan cikgu Zul dan duduk menikmati penghawa dingin."
Mathumaalini a/p Subramaniyam (5A) berkata :
"Pusat Sumber mempunyai pelbagai bahan yang boleh membantu dalam pelajaran saya"
Sau Ying Hui (4G) berkata :
" Saya biasanya suka duduk di Pusat Sumber, membaca buku cerita,
berbual-bual dengan kawan-kawan dan melayari Internet."
Mellisa Tan (4A) dan Melvin Tan (4B) berkata :
"Our Pusat Sumber is excellent...but please put more English novels.Thank you !"
Nur Syaza, Alya Aisya dan Arinah (2RK) berkata :
"PSS kami best sebab ada banyak buku baru yang boleh dipinjam. Kami juga boleh tolong cikgu Zul dan menonton televisyen LCD Flat screen dengan Astro di PSS !"
Nur Syafiqah dan Aida Syazwina (4A) berkata :
"Pusat Sumber memberikan kemudahan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa dan pelajar boleh mendapat maklumat yang diingini"
Apakah pandangan Guru-guru pula ?
Pandangan beliau tentang Program NILAM :
" The NILAM programme has been quite successful and the students are giving full commitment and cooperation during the NILAM sessions "
Siapakah En. Zul ?
(Guru Perpustakaan dan Media - En. Zulkiffli bin Amil)
En. Zulkiffli bin Amil, iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pusat Sumber SMK Ayer Keroh.
kata-kata aluan beliau :
"Saya mengalu-alukan segala bentuk pandangan dan cadangan dari warga sekolah (terdiri daripada pelajar dan guru) bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan pusat sumber sekolah. Sesungguhnya pengintegrasian sumber media yang seiring dengan kemahiran serta literasi maklumat adalah satu anjakan paradigma dalam membina bangsa membaca."
Maklumat penting !
10:05 AM
InfoNet AKSES
Hi kawan-kawan!
Untuk pengetahuan anda,
blog ini dibuat, direka, ditulis, dan diuruskan oleh kami (pelajar-pelajar
dalam krew INFOnet Pusat Sumber SMK Ayer Keroh).
Layout, background dan template blog ini bukan milik AKSES-PSS
tetapi kita sudah mendapat kebenaran tuannya untuk menggunakan design ini.
Theme ini juga sudah diubahsuai dan diperbaiki oleh kristy agar sesuai dengan tema kita - purple.
Blog ini merupakan hak cipta terpelihara.
(Licensed under Creative Commons )
Anda boleh copy apa-apa bahan blog ini dengan syarat,
minta kebenaran mana-mana krew kita :)
(kita baik punya, asalkan u tanya )
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.
Peraturan Pusat Sumber
8:27 PM
InfoNet AKSES
A. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Semua pelajar, guru dan pekerja yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik layak sebagai ahli perpustakaan sekolah ini.
B. PINJAMAN BUKU
Semua pelajar,guru dan staf sokongan layak membuat pinjaman buku di perpustakaan sekolah dengan menggunakan smart tag.
Hanya 1 buah buku sahaja dibenarkan untuk 1 tempoh pinjaman.
C. TEMPOH PINJAMAN
Semua piniaman buku boleh di buat untuk tempoh 3 hari sahaja termasuk hari buku itu di pinjam. Denda sebanyak RM 0.20 sehari akan dikenakan sekiranya lewat memulangkan buku mengikut tarikh pemulangan buku.
D. PERATURAN AM.
1. Pengguna dilarang :
- membuat BISING di perpustakaan.
- membawa beg, makan dan minum di perpustakaan.
- tidak dibenarkan membawa keluar sebarang bahan milik perpustakaan tanpa kebenaran.
- menyalahgunakan bahan-bahan milik perpustakaan serta merosakkannya.
2. Setiap penggunaan perpustakaan untuk program NILAM mesti direkodkan dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.
3. Sebelum meninggalkan perpustakaan pastikan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja dan buku atau bahan yang telah digunakan diletakkan di tempat asalnya.
E. PENGUATKUASAAN
1. Penyelaras Pusat Sumber dan guru perpustakaan berhak untuk melarang seseorang pengguna untuk menggunakan perkhidmatan di perpustakaan sekiranya didapati melanggar peraturan perpustakaan dan sekolah.
2. Pengawas PSS ( Pustakawan ) diberi kuasa untuk menguatkuasakan PERATURAN PERPUSTAKAAN.
Photo Gallery: Pusat Sumber Sekolah
4:13 AM
Kristy Anne Nunis
Pusat Sumber SMK Ayer Keroh
Gambar oleh : Pn. Andi Anggeriani
(Atas: GPM Pusat Sumber SMK Ayer Keroh - En.Zulkiffli sedang menjaga Kaunter)
(Bawah: Sudut buku bukan Fiksyen)
(bawah: Antara buku-buku Bukan Fiksyen)
(Bawah: Para pelajar mengunjungi Pusat Sumber semasa waktu Rehat)
(Bawah: Tempat duduk yang disediakan )
(Bawah: Sudut majalah dan barangan tradisional)
(Bawah: Flat screen TV yang dilengkapi dengan Astro adalah antara kemudahan yang disediakan)
(Bawah: Kaunter pinjaman dan pulangan buku)
(Bawah: Smart-tag pelajar digunakan bagi proses perminjaman dan permulangan buku)
(Proses pinjaman buku adakalanya merupakan sesuatu yang menyeronokan)
Gambar oleh :
Pn. Andi Anggeriani
Visit our Facebook fanpage to view more image :
- SMK Ayer Keroh - http://www.facebook.com/smkak
- Pusat Sumber SMK Ayer Keroh - http://www.facebook.com/pssmkak
Top 10 Pelajar Paling Rajin Meminjam Buku
4:05 AM
InfoNet AKSES
Updated : Bulan Jun
No. | Nama Pelajar | Kelas | Jumlah buku dipinjam |
1 | Raja Nadiah bt Raja Ariff | 3G | 95 |
2 | Mastura bt Mohd Zin | 3G | 87 |
3 | Suhailah Azwa bt Arefin | 3G | 73 |
4 | Siti Rashidah bt Muhammad Amin | 2RK | 49 |
5 | Kristy Anne Nunis | 4A | 44 |
6 | Amuta a/p Naiedu | 2B | 36 |
7 | Nurul Asyiqin bt Abdul Mutalib | 3G | 34 |
8 | Mathumaalini a/p Subramaniam | 5A | 34 |
9 | Nur Fatihah bt Abdullah | 2RK | 30 |
10 | Siti Nur Aishah bt Mohd Oza | 2RK | 25 |
Senarai Jawatankuasa Induk PSS 2010
6:49 PM
InfoNet AKSES
Senarai Jawatankuasa Induk PSS
Pengerusi :
Razali bin Ali (Pengetua)
Timbalan Pengerusi :
Rahmat bin Galim (GPK1)
Naib Pengerusi 1 :
Zaimah binti Othman (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 :
Teo Kim Bee (GPK KoKu)
Setiausaha :
Zulkiffli bin Amil (GPM)
Jawatankuasa :
1. Norzian binti Karman
2. Ranimah binti Yahya
3. Rohilla binti Ibrahim
4. Hj. Muhammad Razip bin Sudrilan
5. Rohana binti Tajuddin
6. Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran
(Gambar oleh Cikgu A.Anggeriani A.Asri)
Waktu Operasi
8:18 PM
InfoNet AKSES
WAKTU OPERASI
ISNIN – KHAMIS : 7.40 PAGI HINGGA 4.30 PTG.
JUMAAT : 8.00 PAGI – 12.00 T/HARI.
SABTU dan AHAD : TUTUP
* PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN UNTUK KELAS RELEAF ATAU P&P TIDAK DIBENARKAN SEMASA PROGRAM NILAM SEDANG DIJALANKAN.*
Program NILAM
7:11 AM
InfoNet AKSES
Lagu NILAM
Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Jadikanlah panduan Wawasan anda NILAM program membaca Memberikan semangat Membaca dengan jaya Budaya kita Bina tabiat membaca Matlamat NILAM kita Bina tabiat membaca Matlamat NILAM kita Segala yang diberi Tidak terhingga Jadi rakan membaca Juga capai Jauhari Pembaca yang bestari Anugerah diberi NILAM, NILAM Anugerah NILAM Menerangi jalan suram NILAM , NILAM Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Dengan tabiat membaca Matlamat NILAM kita Dunia indah sekali Pasti lebih berseri Amalan membaca Menjana minda bestari (2X) NILAM PENGENALAN NILAM Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar.MATLAMAT 1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar 2. Melahirkan murid yang berkepimpinan , berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. OBJEKTIF *Menjadikan pelajar suka membaca. *Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. *Memupuk budaya membaca Sepanjang hayat *Menggalakkan penggunaan bahan di PSS SASARAN Semua pelajar mencapai tahap Rakan Pembaca (100 buah buku) dalam Program NILAM sepanjang berada di SMK Ayer Keroh menjelang akhir 2010. |
Kempen Membaca
6:52 AM
InfoNet AKSES
Slogan Kempen Membaca (mengikut tahun)
1995- | Mari Membaca Bersama | |
1996- | Generasi Berilmu Penggerak Wawasan | |
1997- | Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membaca Mendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membaca Menjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu | |
1998- | Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat... | |
1999- | Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda | |
2000- | Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi | |
2001- | Membaca Merdekakan Minda | |
2002- | baca@gaya hidup | |
2003- | Membaca Santapan Minda Sekeluarga Bacalah Bersama Keluarga... | |
2004- | Rajin Membaca Pasti Berjaya | |
2005- | Bangsa Membaca Bangsa Berjaya | |
2006- | Bangsa Membaca Bangsa Berjaya | |
2007- | Bangsa Membaca Bangsa Berjaya | |
|
RSS Feed
Twitter
















