Gambar Ujian Bulanan Februari 2011





INFONET sudah KEMBALI

Hello. kami sudah kembali dengan bersemangat untuk peminat sekalian... nantikan pelbagai info baru daripada kami.

Kami ingin memperkenalkan ahli INFONET iaitu Faridah binti Mohd Faruk dan saya , Noor Nabilah Nazarudin dari kelas 4 Alpha..... Kitorang harap dapat entertain korang dengan lebih banyak info yang korang tidak dapat bayangkan ..... Hahahah..'uhuk'












sila beri cadangan atau pendapat yang boleh menceriakan dan mempopularkan blog ini kepada orang lain.

Logo Baru Kami !



Borang Permohonan Pengawas PSS 2012




Kepada sesiapa pelajar form 1,2,3 dan 4 SMK Ayer Keroh 
yang berminat menjadi pengawas pusat sumber bagi tahun 2011, 
sila print dan isi borang pertama dan kedua serta baca 
syarat-syarat di muka surat (gambar) ketiga. 
Anda juga boleh mendapatkan borang lengkap 
di pusat sumber sekolah selepas cuti nanti 
(tapi ingat, tarikh tutup permohonan ialah pada 11/2/2011 ) 

Borang yang sudah diisi juga boleh dimuat naik semula 
dan e-mel kepada emel kami psakses@gmail.com 
atau dihantar kepada guu media dan perpustakaan kami, 
En.Zulkiffli Amil sebelum tarikh tutup permohonan. 

Pemohon-pemohon yang layak 
akan dipanggil untuk ditemuduga pada 17/2/2011. 

Sekian, terima kasih.

Pelajar Cemerlang PMR 2010


Gambar oleh : Pn. Andi :)

Taniah atas kejayaan anda !


Sila layari :
untuk maklumat lanjut. Thanks :)

Pesta Buah-buahan AKSES 2010

Gambar Oleh : Cikgu Andi


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak FAMA kerana mengadakan Pesta Jamuan Makan Buah-buahan Tempatan untuk warga AKSES di SMK Ayer Keroh pagi ini (4 Ogos 2010).








Jualan Murah Buku !





Jualan Murah buku latihan baharu kertas model Zon A PMR dan SPM (Penerbit: Info Didik) kini boleh dibeli dengan harga RM3 sahaja di Pusat Sumber SMK Ayer Keroh !

PMR 
1. Bahasa Melayu (Harga biasa: RM 4.90)
2. Bahasa Inggeris (Harga biasa: RM 4.30)
3. Science (Harga biasa: RM 4.90)
4. Sejarah (Harga biasa: RM 4.30)
5. Geografi (Harga biasa: RM 4.30)

SPM
1. Bahasa Melayu (Harga biasa: RM 4.90)
2. Bahasa Inggeris (Harga biasa: RM 4.30)
3. Science (Harga biasa: RM 4.90)
4. Ekonomi Asas (Harga biasa: RM 4.90)
5. Pendidikan Islam (Harga biasa: RM 4.90)

Belikan sebuah buku di atas dengan harga RM 3.00 sahaja !!!

Novel Baru (Mulai 26 Julai 2010)





Novelis Thriller No.1 Malaysia, 'Ramlee Awang Murshid' kini berada di Pusat Sumber !

- Cinta Sang Ratu (mulai 26/7)
- Mikhail (mulai 27/7)
- Cinta Sufi (mulai 28/7)
- ADAM- aku darah anak Malaysia (mulai 29/7)
- Hijab Sang Pencinta (mulai 30/7)

Jom...kita ke Pusat Sumber !!!

Program Seminggu Bersama Pusat Sumber

Maklumat-maklumat :


PSS- Sumber Transformasi Pendidikan







 (A) Pandangan tuan Pengetua tentang 
"PSS-Sumber Transformasi Pendidikan"


(Tuan Pengetua SMKAK, En.Razali bin Ali)



 


SMK Ayer Keroh, Melaka (28 Jun 2010) - Seramai 3 orang Pengawas Pusat Sumber SMK Ayer Keroh, Melaka iaitu Kristy Anne Nunis(perakam), Sau Ying Hui(menyoal) dan Chua Guey Herng(pencatat) telah menemu ramah Tuan Pengetua SMK Ayer Keroh, Encik Razali bin Ali berkaitan topik "Pusat Sumber Sekolah- Sumber Transformasi Pendidikan" sempena pertandingan Blog Pusat Sumber yang dianjurkan oleh pihak Pustakam. Beliau menjelaskan bahawa Pusat Sumber merupakan Sumber Transformasi Pendidikan.


 (B)Kepentingan Pusat Sumber Sekolah 
kepada para pelajar dan guru


Kebanyakan pelajar memperolehi Sumber rujukan atau bacaan 
bagi tujuan untuk mengulangkaji dan membuat tugasan-tugasan sekolah 
mahupun tugasan luar yang berkaitan dengan pendidikan.


Dengan adanya pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen plasma Astro, 
Radio, komputer, tempat duduk selesa serta bahan-bahan bacaan dan multimedia disediakan, 
para pelajar bukan sahaja boleh menjadikan Pusat Sumber sebagai Perpustakaan tetapi juga 
tempat untuk rehat dan menenangkan fikiran pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan.


Pandangan dan komen pelajar :


Kristy Anne Nunis (4A) berkata : 
"Seronoknya duduk di Pusat Sumber! Buku rujukannya pun agak banyak. Saya suka Pusat Sumber kami ! "






Auni Syafiqa (2RK) berkata :

"Pusat Sumber kami best sebab boleh bergurau-senda dengan rakan-rakan dan cikgu Zul dan duduk menikmati penghawa dingin."







Mathumaalini a/p Subramaniyam (5A) berkata :
"Pusat Sumber mempunyai pelbagai bahan yang boleh membantu dalam pelajaran saya"




Sau Ying Hui (4G) berkata : 
" Saya biasanya suka duduk di Pusat Sumber, membaca buku cerita, 
berbual-bual dengan kawan-kawan dan melayari Internet."







Mellisa Tan (4A) dan Melvin Tan (4B) berkata :
"Our Pusat Sumber is excellent...but please put more English novels.Thank you !"




Nur Syaza, Alya Aisya dan Arinah (2RK) berkata :
"PSS kami best sebab ada banyak buku baru yang boleh dipinjam. Kami juga boleh tolong cikgu Zul dan menonton televisyen LCD Flat screen dengan Astro di PSS !"

Nur Syafiqah dan Aida Syazwina (4A) berkata :
"Pusat Sumber memberikan kemudahan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa dan pelajar boleh mendapat maklumat yang diingini"


Apakah pandangan Guru-guru pula ?

(Guru Bahasa Inggeris, Pn. Norma)


Pandangan beliau tentang Program NILAM  :
" The NILAM programme has been quite successful and the students are giving full commitment and cooperation during the NILAM sessions "

Siapakah En. Zul ? 



(Guru Perpustakaan dan Media - En. Zulkiffli bin Amil)


En. Zulkiffli bin Amil, iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pusat Sumber SMK Ayer Keroh.


kata-kata aluan beliau : 
"Saya mengalu-alukan segala bentuk pandangan dan cadangan dari warga sekolah (terdiri daripada pelajar dan guru) bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan pusat sumber sekolah. Sesungguhnya pengintegrasian sumber media yang seiring dengan kemahiran serta literasi maklumat adalah satu anjakan paradigma dalam membina bangsa membaca."


Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA