Selamat Datang ! SMA Perguruan As-Syafi'iyah Medan, Indonesia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Anak nyonya menuju pekan,
            Bawa bakul si bunga melati,
        Selamat Datang AKSES ucapkan,
                   Kedatangan Tuan amat dinanti.

Selamat Datang SMK Ayer Keroh, iaitu warga AKSES ucapkan kepada Pelajar dari SMA Perguruan As-Syafi'iyah dari Medan, Indonesia kerana sudi datang ke sekolah kami. Kami sangat berbesar hati kerana sudi luangkan masa di SMK Ayer Keroh.

Mesyuarat Agung PIBG dan Watikah Pelantikan 2013 [part 1]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada Ahad yang lepas, pihak sekolah mengadakan majlis Agung dan Pelantikan Pengawas. Eh, bukan Pengwas Sekolah je ada tau. Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Ketua dan Penolong Tingkatan pun ada watikah pelantikan. Cikgu sengaja je nak buat majlis ni supaya ramai yang datang untuk Majlis PIBG ni. Haha. Majlis ni agak lama jugak, dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi bagi majlis pelantikan tapi dismbung hingga jam 1.30 petang untuk Mesyuarat Agung.

Majlis dimulakan dengan beberapa ucapan dari tetamu jemputan. Lepas tu, barulah Majlis Pelantikan dibuat.

 
Ucapan 1

Ucapan ke-2

Ketua Tingkatan  

Penolong Ketua Tingkatan

Pengawas SPBT

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Sekolah

Ikrar para pengawas

Berikrar .....

Bukan je Majlis Watikah Pelantikan, persembahan pun ada jugak lah. Best pulak tu persembahan dorang. Ada persembahan dari Band Unpluged dan persembahan Angklung.

Band Unpluged, kakak yang duduk belah kiri sekali tu menyanyi

Malam Pesta Muda Mudi tajuknya

Aduh, ada lagilah. Tapi nampaknya masa mencemburui kita *ceh*. Tunggu sambungan [part 2] pulak ye :D

Pengumuman Keputusan SPM 2012 Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mesti semua pelajar SPM 2012 tertunggu-tunggu dorang punya result. Rasa takut, berdebar, tak sabar apa semua bercampur baur. Masa yang ditunggu pun dah tiba.Pada tahun ni, boleh dikatakan tahun paling 'cemerlang' sebabnya seramai 11 orang pelajar SMK Ayer Keroh a.k.a pelajar senior kami ni dapat STRAIGHT A'S dalam SPM dorang. Perghh memang terbaik lah katakan. Paling tinggi keputusannya ialah 8A+ iaitu kak Faridah dan kak Izzate Safiah. Memang dorang dah mengharumkan nama SMK Ayer Keroh.

Nak tengok siapakah yang dapat straight A's dalam SPM tu ?? Ada gambar kat bawah ni tengok jelah ~

Izzatee Safiah ( 8A+ 1A 1A-)

Faridah ( 8A+ 1A 1A-)

Muzamil (6A+ 3A)

Agnes Tan (5A+ 3A 2A-)

Alicia Foo (5A+ 2A 2A-)

Grace Lim (7A+ 1A 2A-)

Shaheera Yasmin (4A+ 3A 2A-)

Andrew Roy Pereira (4A+ 3A 2A-)

Dah tengok dah ? Semua memang pandai-pandai belaka. Tahniah diucapkan kepada mereka. Lepas ni batch 1996 pulak yang menyusul. Harap mereka dapat sambung belajar di universiti atau kolej yang dorang impikan. Amin ! :)

Program Pelancaran Nilam 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada bulan 3 iaitu bulan Mac pasti semua dah tahu iaitu bulan NILAM ! Macam macam aktiviti yang dibuat oleh pusat sumber. Memang banyak lah katakan. Antaranya Majlis Pelancaran Program Nilam 2013 yang disempurnakan oleh Encik Amran, cikgu GPK HEM. Ada jugak robot yang dibuat khas untuk menyampaikan anugerah ini. Robot yang diperbuat daripada kotak.

Tu dia robotnya. Nampak ?  Sebelah robot tu cikgu HEM.

Tandatangan untuk merasmikan majlis ni ~


PSS-Penjana Imu Pendidikan Kontemporari

Bagi menerangkan maksud sebenar pendidikan kontemporari dalam BAHASA INGGERIS ..
100% ENGLISH!

Pertandingan Akhir Membina Blog 2012


Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana.

AKSES GRADUATION DAY 2012

On 31st October 2012, SMK Ayer Keroh had their second graduation day!
It is to celebrate the last year of school for the Form 5 students and also to motivate them to strive for the best in the upcoming SPM exams.
We really felt like its a Graduation Day at a university due to the teachers efforts on making it so.
Here are the pictures of the Form 5 librarians that graduated that day.
 

 

 

 

The New Google


An awesome new front cover ... The monster can come out out when you click on their doors ...
Be ready for it ..


Sneak Peek ... hehhe



Just a little sneak peek to our home , our library ...



KEM MODAL INSAN






It's a 2-day and 1-night camp at our beloved school .... This is totally the best CAMP EVVEERRR ...

Let's thanks to Muhd Haziq for the video ..

From : Infonet AKSES

Majalah Online !

e@siswa e@siswa e@siswa

Lain-lain Pautan

Eduwebtv KNDBP MyGov NKRA